Get your own Digital Clock

Tuesday, May 24, 2011

DOWNHILL...sangat menakutkan...



Salam kepada semua...

Dah lama tak mengarang ni rasa seakan-akan sedikit kekok. Bukannya apa cuma agak sibuk sedikit dengan urusan seharian. Pegi kelas, balik kelas tu ja yang besa saya buat hari-hari. Tapi keadaan tu dah sedikit berubah atau pon lebih sesuai dikatakan bertambah dengan satu lagi aktiviti tambahan. Nak tahu apa aktiviti tersebut??? berbasikal. 

Saya baru sahaja nak berjinak-jinak dengan hobi ni. Minat ni bermula apabila rakan serumah saya membeli sebuah basikal gunung (mountain bike aka MTB ). Pada mulanya saya cuma sekadar mencuba test ride sahaja tapi lama kelamaan dah macam timbul minat nak mencuba. Keadaan tu dah mula berubah dari test ride kepada hobi. Hampir setiap petang saya akan pinjam mtb dari kawan saya. 

Tapi sedia maklum dah lama meninggalkan bidang sukan ni, stamina pon dah kurang power pon tahu-tahu sendiri la. Saya kembali meningkatkan tahap kecergasan saya dengan mengayuh basikal pada setiap petang. Hasilnya, kulit saya kini makin cerah (sebaliknya). Macam ayat iklan Garnier pulak. Sacara seriusnya, hasil positif. Saya kini boleh pergi lebih jauh dalam satu sesi kayuhan.

Ahad lalu, pengalaman pertama saya mendaki bukit di sebuah ladang getah. Jalan-jalam yang penuh berliku telah saya tempuhi dengan susah payah. Apabila berada di puncak saya berasa amat lega, tapi cuma sekejap, sebab saya perlu menuruni cerun yang agak curam. Dengan kata-kata dorongan daripada rakan saya, saya telah berjaya menghadapinya. Itulah pengalaman saya yang paling menakutkan. Bukan mudah untuk mengawal keadan ketika menuruni cerun tersebut. Kelajuan, permukaan laluan yang tidak sekata dan sukar dijangka menbuatkan keadaan menjadi begitu kritikal.

Biarpun begitu, satu kepuasan telah dapat saya rasakan bila berada di kaki bukit dengan keadaan yang selamat. Kepada semua yang mencuba aktiviti ini, saya nasihatkan supaya buat persediaan mental dan fizikal yang cukup sebelum mencuba aksi tersebut. Kalau tak cuba sampai bila pun kita tak akan tahu...

SELAMAT MENCUBA...

Sunday, April 24, 2011

Kuasa yang terpendam...

Gambar hiasan

Siapa antara kita yang mengikuti siri HEROES? mesti ramai yang jawab YA kan? Tapi jawapan saya TIDAK. Sebab saya cuma menonton beberapa episod sahaja, itu pun hanya kebetulan ditayangkan di tv. Kalau tidak memang saya tak tengok pon. Lain pula segolongan daripada kita ini yang sanggup berhabis masa untuk memuat turun siri-siri berkenaan dan menontonnya secara konsisten. Terpulanglah kepada individu tersebut untuk mengisi masa mereka.

Pendapat saya, watak-watak dalam siri tersebut tidaklah sehebat mana. Walaupun mereka mempunyai kelebihan yang tersendiri, tetapi mereka masih dihimpit dengan masalah sekeliling dan kekurangan mereka sendiri. Ini menunjukkan mereka tidaklah hebat seperti yang disaksikan.

Sebaliknya, kita semua telah dikurniakan sebuah kuasa yang amat hebat dalam diri kita masing-masing. Ramai di antara kita masih tidak sedar akan hakikat ini. Setiap orang memiliki kuasa ini. Tanpa kita sedari ia akan muncul perlahan-lahan.

Kuasa yang saya maksudkan adalah kuasa menjadikan impian suatu kenyataan. Ini adalah kuasa yang terhebat yang dimiliki oleh setiap manusia. Kuasa ini akan mendorong manusia mengejar apa yang dicita-citakannya. Sebagai bukti kita dapat lihat inovasi-inovasi yang dihasilkan sekarang. Manusia bukan hanya boleh berjalan tapi kini manusia sudah mampu terbang di udara malahan di angkasa lepas yang vakum.

Kehebatan kini dalam diri kita. Kita haruslah mencari kehebatan tersebut walau apa jua caranya sekali demi memastikan kejayaan menjadi milik kita. Anda yang tentukan hala tuju anda. Jadi, bermulalah daripada sekarang jangan terlambat. Mungkin ada diantara kita yang telah menemui kuasa tersebut tapi masih perlu digilap dengan teliti. Tetapi harus diingat setiap apa yang kita lakukan perlulah berlandaskan batas-batas yang ditetapkan dalam agama Islam. "Islam is the way of life." 

Thursday, April 14, 2011

Bijakkah anda?

berdasarkan tajuk diatas, apakah yang terlintas di benak fikiran anda? menguji kesabaran? ingin tahu? ataupun motivasi?..sebenarnya saya ingin mengupas bagaimana seseorang itu dikatakan bijak. realitinya rmai orang berpendapat orang yang bijak ini adalah dari golongan terpelajar yang belajar di kolej-kolej dan universiti. saya tidak menafikan kenyataan ini. kenyataan ini adalah benar. sejauh mana kebenarannya, teruskan menbaca artikel ini.

orang yang bijak ini adalah orang yang sentiasa mengingati akan keMATIan. kata-kata ini bukan diungkapkan oleh saya tetapi kata-kata ini saya rumuskan daripada salah satu hadis Rasulullah SAW. saya ini bukanlah seorang yang arif dalam bidang agama tetapi cuba untuk berubah kepada yang lebih baik. Bagainda telah menyatakan bahawa orang yang mengiangati mati adalah orang yang bijak. jadi, dimanakah tahap kebijakkan kita sekarang. adakah dengan memiliki kelayakkan yang tinggi dalam bidang akedemik itu menunjukkan kita ini bijak? anda ada jawapannya.

Islam amat menuntut umatnya menuntut ilmu. tidak kira apa ilmunya sekali pon asalkan ia menbawa kebaikkan dan selagi tidak bercanggah dengan landasan agama Islam. Duniawi mahupon Ukhrawi perlu dituntut kedua-duanya sekali. ini bagi mengimbangi kedua-dua ilmu tersebut. jika tidak, akan berlakulah kes-kes yang kita lihat membabitkan golongan cerdik pandai ini. bukan niat dihati untuk menyalahkan sesiapa cuma untuk menginagtkan diri saya sendiri dan anda semua supaya orang tidak salah anggap. orang ramai menjadikan orang cerdik pandai ini sebagai contoh malahan idola bagi mengalakkan generasi baru untuk menuntut ilmu. jadi sama-samalah kita memikirkannya.

kembali kepada topik asal kita, dengan mengingati mati kita akan berasa takut untuk melakukan kesalahan. kita akan takut akan azab yang bakal kita tanggung jika kita melakukan kesalahan tersebut. ini menandaka seseorang itu bijak membuat keputusan. tetapi sudah berbeza, ada di antara kita yang berbangga melakukan kesalahan, bangga menceritakan kesalahan-kesalahan yang dilakukan. mereka ini seakan tidak takut akan azab yang bakal mereka tanggung nanti. kita sepatutnya sedar akan kesilapan kita dan malu kepada Allah dan kita harus memohon keampunan dariNya dengan segera. sama-samalah kita mendoakan agar golongan ini cepat-cepat berubah.

sentiasalah mengingati mati dalam setiap apa yang kita lakukan kerana tidak ada satu pon makhluk yang hidup di muka bumi Allah ini yang akan terlepas daripada kematian. bila-bila masa, dimana jua ia akan mendatangi kita dan tidak ada cara untuk menghalangnya. janganlah kita terlalu mengejar duniabimbang kita akan tercicir akhirat, kejarlah akhirat nescaya kita akan dapat kedua-duanya. dunia ini hanyalah sementara, akhirat jua kekal abadi.