Get your own Digital Clock

Thursday, April 14, 2011

Bijakkah anda?

berdasarkan tajuk diatas, apakah yang terlintas di benak fikiran anda? menguji kesabaran? ingin tahu? ataupun motivasi?..sebenarnya saya ingin mengupas bagaimana seseorang itu dikatakan bijak. realitinya rmai orang berpendapat orang yang bijak ini adalah dari golongan terpelajar yang belajar di kolej-kolej dan universiti. saya tidak menafikan kenyataan ini. kenyataan ini adalah benar. sejauh mana kebenarannya, teruskan menbaca artikel ini.

orang yang bijak ini adalah orang yang sentiasa mengingati akan keMATIan. kata-kata ini bukan diungkapkan oleh saya tetapi kata-kata ini saya rumuskan daripada salah satu hadis Rasulullah SAW. saya ini bukanlah seorang yang arif dalam bidang agama tetapi cuba untuk berubah kepada yang lebih baik. Bagainda telah menyatakan bahawa orang yang mengiangati mati adalah orang yang bijak. jadi, dimanakah tahap kebijakkan kita sekarang. adakah dengan memiliki kelayakkan yang tinggi dalam bidang akedemik itu menunjukkan kita ini bijak? anda ada jawapannya.

Islam amat menuntut umatnya menuntut ilmu. tidak kira apa ilmunya sekali pon asalkan ia menbawa kebaikkan dan selagi tidak bercanggah dengan landasan agama Islam. Duniawi mahupon Ukhrawi perlu dituntut kedua-duanya sekali. ini bagi mengimbangi kedua-dua ilmu tersebut. jika tidak, akan berlakulah kes-kes yang kita lihat membabitkan golongan cerdik pandai ini. bukan niat dihati untuk menyalahkan sesiapa cuma untuk menginagtkan diri saya sendiri dan anda semua supaya orang tidak salah anggap. orang ramai menjadikan orang cerdik pandai ini sebagai contoh malahan idola bagi mengalakkan generasi baru untuk menuntut ilmu. jadi sama-samalah kita memikirkannya.

kembali kepada topik asal kita, dengan mengingati mati kita akan berasa takut untuk melakukan kesalahan. kita akan takut akan azab yang bakal kita tanggung jika kita melakukan kesalahan tersebut. ini menandaka seseorang itu bijak membuat keputusan. tetapi sudah berbeza, ada di antara kita yang berbangga melakukan kesalahan, bangga menceritakan kesalahan-kesalahan yang dilakukan. mereka ini seakan tidak takut akan azab yang bakal mereka tanggung nanti. kita sepatutnya sedar akan kesilapan kita dan malu kepada Allah dan kita harus memohon keampunan dariNya dengan segera. sama-samalah kita mendoakan agar golongan ini cepat-cepat berubah.

sentiasalah mengingati mati dalam setiap apa yang kita lakukan kerana tidak ada satu pon makhluk yang hidup di muka bumi Allah ini yang akan terlepas daripada kematian. bila-bila masa, dimana jua ia akan mendatangi kita dan tidak ada cara untuk menghalangnya. janganlah kita terlalu mengejar duniabimbang kita akan tercicir akhirat, kejarlah akhirat nescaya kita akan dapat kedua-duanya. dunia ini hanyalah sementara, akhirat jua kekal abadi.

6 comments:

  1. Dapat saya rumuskan di sini, terdapat banyak kesalahan dalam ejaan dan juga tatabahasa. Isi yang menarik untuk dihuraikan tetapi kupasan yang diolahkan hanya dari luaran.

    Kenapa perlu takut kematian..
    bukankah lebih patut takutkan kesediaan kita menghadapinya?
    Kehidupan yang dirasakan kesakitan..
    saat kematian membahagiakan..

    ReplyDelete
  2. terima kasih untuk komen ni..
    sy sbnrnya bru dalam bidang ni..
    mntak tlog beri tunjuk ajar..
    mmg xperlu tkutkan kematian..
    tp kematian seakan dilupakan oleh manusia zaman sekarg kerana terlalu mengejar dunia..

    ReplyDelete
  3. Keseronokan duniawi itu menenggelamkan ingatan tentang kematian..

    Mati..
    ialah suatu yang pasti..
    adalah suatu yang kita semua takuti..
    sebolehnya ingin kita hindari
    berbeza dengan sufi yang berkasihan dengan Ya Rabb..selalu ingin merapati kematian..

    ReplyDelete
  4. dari dunia kita pelu belajar tentang akhirat..
    itulah sebabnya kita ditempatkan di dunia ini..
    sebagai pemain watak di pentas ujian yang sangat luas ini..

    ReplyDelete
  5. Mati?????????????knapa nak cakap pasal mati..hidup msti happy..enjoy..jgn mati sebelum ajal..

    ReplyDelete
  6. semua org akan menghadapi mati..
    semasa hidup ini kita harus beringat..
    klu dah mati xperlu lagi kerana mati hanya sekali..
    enjoy boleh tapi harus berlandaskan batas Agama..
    n klu dah mati tu tentu la dah smpai ajal..

    ReplyDelete

Apa kata anda?