Get your own Digital Clock

Thursday, March 31, 2011

Penghulu segala hari..

Jumaat. penghulu segala hari. kebanyakkan hari-hari penting dalam Islam berlaku pada hari Jumaat. yang paling ditakuti ialah hari Kiamat. hari Kiamat pasti akan berlaku pada hari Jumaat.

Esok hari Jumaat. adakah Hari Kiamat ini akan berlaku.tiada siapa yang tahu melainkanNya. pada saat ia berlaku tiada siapa akan terlapas daripada saat-saat kematian dan kehancuran yang menyeluruh. pada hari itu tertutuplah pintu taubat dan tiada ruang lagi untuk menyesal pada saat itu.

Apa yang telah kita lakukan hari ini akan menentukan apa yang bakal kita terima pada Hari pembalasan kelak. bersediakah kita untuk menghadapi hari tersebut? cukupkah bekalan kita? semuanya bergantung pada diri kita masing-masing. yang penting janganlah kita lalai di mana kita sekarang berada dalam golongan umat akhir zaman.

Marilah kita sama-sama kita muhasabah diri. sedar akan apa yang kita lakukan salah haruslah kita ubah secepat mungkin agar kita tidak ketinggalan. tingkatkan amalan agama, tinggalkan amalan-amalan yang tidak berfaedah, dan tambahlah ilmu yang kurang. sesungguhnya tiada siapa akan membantu kita tatkala hari tersebut hadir.
"Aku bermohon perlindungan daripada Mu Ya Allah"

Wednesday, March 30, 2011

Lewat? Telat? Late?

Salam...

siapa yang tidak pernah terlewat. dalam seumur hidup kita perlu meresa pengalaman lewat. perasaan pada masa itu amat berkecamuk tapi memberi satu pengalaman baru yang sukar dilupakan. tapi jangan pula dijadikan amalan.

kelewatan itu mungkin boleh menyebabkan kerugian. tetapi sejauh mana kerugian yang perlu ditanggung bergantung kepada berapa pentingnya sesuatu urusan tersebut. sebolehnya cuba elakkan kelewatan daripada berlaku. tetapi apabila ia tetap berlaku walaupun langkah berjaga-jaga telah diambil, redha kepada ketentuanNya. jangan cuba mencari kesalahan orang lain sebaliknya pada diri sendiri.

apabila kelewatan berlaku, jangan pula terus melengahkannya. cuba untuk mengejar masa yang telah pergi itu. tapi amat mustahil untuk mengembalikan masa yang telah berlalu. maksud di sini ialah apabila sesorang itu lewat ke kelas contohnya, cuba bergerak secara pantas unntuk mengelakkan lebih banyak masa yang terbuang.

“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”.

Tuesday, March 29, 2011

Kejayaan akan hadir selapas kegagalan...

Semua manusia akan diuji oleh tuhannya (Allah SWT). Bagaimana seseorang itu diuji adalah bergantung kepada tahap kesabaran seseorang manusia itu. Allah itu Maha Mengetahui akan setiap sesuatu yang Dia kerjakan. Dia tidak akan pernah menginiaya hamba-hambanya. ujian yang diberikan adalah berpadanan dengan kemampuan seseorang itu untuk menghadapinya. Semakin kuat seseorang itu diuji semakin bertambah imannya kepada Allah.


bagi mereka yang diuji dengan kegagalan, mereka harus tabah dengan ujian ini. ia harus disusuli dengan kesyukuran. setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknnya. kejayaan akan hadir selapas kegagalan. kegagalan bukan bererti satu kekalahan tapi suatu petanda atau petunjuk dimana masih ada kekurangan yang harus diperbaiki.

semalam adalah sejarah,
hari ini adalahh hadiah,
esok adalah misteri.

p/s: "kejayaan akan hadir selepas kegagalan" ini boleh dijadikan kata-kata pendorong kepada mereka yang sedang berjuang...