Get your own Digital Clock

Sunday, April 24, 2011

Kuasa yang terpendam...

Gambar hiasan

Siapa antara kita yang mengikuti siri HEROES? mesti ramai yang jawab YA kan? Tapi jawapan saya TIDAK. Sebab saya cuma menonton beberapa episod sahaja, itu pun hanya kebetulan ditayangkan di tv. Kalau tidak memang saya tak tengok pon. Lain pula segolongan daripada kita ini yang sanggup berhabis masa untuk memuat turun siri-siri berkenaan dan menontonnya secara konsisten. Terpulanglah kepada individu tersebut untuk mengisi masa mereka.

Pendapat saya, watak-watak dalam siri tersebut tidaklah sehebat mana. Walaupun mereka mempunyai kelebihan yang tersendiri, tetapi mereka masih dihimpit dengan masalah sekeliling dan kekurangan mereka sendiri. Ini menunjukkan mereka tidaklah hebat seperti yang disaksikan.

Sebaliknya, kita semua telah dikurniakan sebuah kuasa yang amat hebat dalam diri kita masing-masing. Ramai di antara kita masih tidak sedar akan hakikat ini. Setiap orang memiliki kuasa ini. Tanpa kita sedari ia akan muncul perlahan-lahan.

Kuasa yang saya maksudkan adalah kuasa menjadikan impian suatu kenyataan. Ini adalah kuasa yang terhebat yang dimiliki oleh setiap manusia. Kuasa ini akan mendorong manusia mengejar apa yang dicita-citakannya. Sebagai bukti kita dapat lihat inovasi-inovasi yang dihasilkan sekarang. Manusia bukan hanya boleh berjalan tapi kini manusia sudah mampu terbang di udara malahan di angkasa lepas yang vakum.

Kehebatan kini dalam diri kita. Kita haruslah mencari kehebatan tersebut walau apa jua caranya sekali demi memastikan kejayaan menjadi milik kita. Anda yang tentukan hala tuju anda. Jadi, bermulalah daripada sekarang jangan terlambat. Mungkin ada diantara kita yang telah menemui kuasa tersebut tapi masih perlu digilap dengan teliti. Tetapi harus diingat setiap apa yang kita lakukan perlulah berlandaskan batas-batas yang ditetapkan dalam agama Islam. "Islam is the way of life." 

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?