Get your own Digital Clock

Thursday, March 31, 2011

Penghulu segala hari..

Jumaat. penghulu segala hari. kebanyakkan hari-hari penting dalam Islam berlaku pada hari Jumaat. yang paling ditakuti ialah hari Kiamat. hari Kiamat pasti akan berlaku pada hari Jumaat.

Esok hari Jumaat. adakah Hari Kiamat ini akan berlaku.tiada siapa yang tahu melainkanNya. pada saat ia berlaku tiada siapa akan terlapas daripada saat-saat kematian dan kehancuran yang menyeluruh. pada hari itu tertutuplah pintu taubat dan tiada ruang lagi untuk menyesal pada saat itu.

Apa yang telah kita lakukan hari ini akan menentukan apa yang bakal kita terima pada Hari pembalasan kelak. bersediakah kita untuk menghadapi hari tersebut? cukupkah bekalan kita? semuanya bergantung pada diri kita masing-masing. yang penting janganlah kita lalai di mana kita sekarang berada dalam golongan umat akhir zaman.

Marilah kita sama-sama kita muhasabah diri. sedar akan apa yang kita lakukan salah haruslah kita ubah secepat mungkin agar kita tidak ketinggalan. tingkatkan amalan agama, tinggalkan amalan-amalan yang tidak berfaedah, dan tambahlah ilmu yang kurang. sesungguhnya tiada siapa akan membantu kita tatkala hari tersebut hadir.
"Aku bermohon perlindungan daripada Mu Ya Allah"

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?