Get your own Digital Clock

Tuesday, March 29, 2011

Kejayaan akan hadir selapas kegagalan...

Semua manusia akan diuji oleh tuhannya (Allah SWT). Bagaimana seseorang itu diuji adalah bergantung kepada tahap kesabaran seseorang manusia itu. Allah itu Maha Mengetahui akan setiap sesuatu yang Dia kerjakan. Dia tidak akan pernah menginiaya hamba-hambanya. ujian yang diberikan adalah berpadanan dengan kemampuan seseorang itu untuk menghadapinya. Semakin kuat seseorang itu diuji semakin bertambah imannya kepada Allah.


bagi mereka yang diuji dengan kegagalan, mereka harus tabah dengan ujian ini. ia harus disusuli dengan kesyukuran. setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknnya. kejayaan akan hadir selapas kegagalan. kegagalan bukan bererti satu kekalahan tapi suatu petanda atau petunjuk dimana masih ada kekurangan yang harus diperbaiki.

semalam adalah sejarah,
hari ini adalahh hadiah,
esok adalah misteri.

p/s: "kejayaan akan hadir selepas kegagalan" ini boleh dijadikan kata-kata pendorong kepada mereka yang sedang berjuang...

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?