Get your own Digital Clock

Tuesday, May 24, 2011

DOWNHILL...sangat menakutkan...



Salam kepada semua...

Dah lama tak mengarang ni rasa seakan-akan sedikit kekok. Bukannya apa cuma agak sibuk sedikit dengan urusan seharian. Pegi kelas, balik kelas tu ja yang besa saya buat hari-hari. Tapi keadaan tu dah sedikit berubah atau pon lebih sesuai dikatakan bertambah dengan satu lagi aktiviti tambahan. Nak tahu apa aktiviti tersebut??? berbasikal. 

Saya baru sahaja nak berjinak-jinak dengan hobi ni. Minat ni bermula apabila rakan serumah saya membeli sebuah basikal gunung (mountain bike aka MTB ). Pada mulanya saya cuma sekadar mencuba test ride sahaja tapi lama kelamaan dah macam timbul minat nak mencuba. Keadaan tu dah mula berubah dari test ride kepada hobi. Hampir setiap petang saya akan pinjam mtb dari kawan saya. 

Tapi sedia maklum dah lama meninggalkan bidang sukan ni, stamina pon dah kurang power pon tahu-tahu sendiri la. Saya kembali meningkatkan tahap kecergasan saya dengan mengayuh basikal pada setiap petang. Hasilnya, kulit saya kini makin cerah (sebaliknya). Macam ayat iklan Garnier pulak. Sacara seriusnya, hasil positif. Saya kini boleh pergi lebih jauh dalam satu sesi kayuhan.

Ahad lalu, pengalaman pertama saya mendaki bukit di sebuah ladang getah. Jalan-jalam yang penuh berliku telah saya tempuhi dengan susah payah. Apabila berada di puncak saya berasa amat lega, tapi cuma sekejap, sebab saya perlu menuruni cerun yang agak curam. Dengan kata-kata dorongan daripada rakan saya, saya telah berjaya menghadapinya. Itulah pengalaman saya yang paling menakutkan. Bukan mudah untuk mengawal keadan ketika menuruni cerun tersebut. Kelajuan, permukaan laluan yang tidak sekata dan sukar dijangka menbuatkan keadaan menjadi begitu kritikal.

Biarpun begitu, satu kepuasan telah dapat saya rasakan bila berada di kaki bukit dengan keadaan yang selamat. Kepada semua yang mencuba aktiviti ini, saya nasihatkan supaya buat persediaan mental dan fizikal yang cukup sebelum mencuba aksi tersebut. Kalau tak cuba sampai bila pun kita tak akan tahu...

SELAMAT MENCUBA...

2 comments:

Apa kata anda?