Get your own Digital Clock

Wednesday, April 13, 2011

Hutan Simpan Templer...

permandangan dari bawah air terjun.

air jernih yang mempersonakan.

AWAS licin!

deruan air yang memukau

Lanskap semulajadi ciptaanNya.

Gambar-gambar di atas diambil pada 9 April 2011 yang lalu.ini adalah pengalaman yang amat sukar untuk dilupakan. Hutan Simpan Templer yang terletak di Selayang menyimpan khazanah yang masih ramai belum terokai. lokasinya yang agak jauh ke dalam hutan memastikan ianya bebas daripada pencemaran. airnya yang jernih akan membuatkan anda terpesona. tidak hairanlah jika air ini dijadikan sumber bekalan air bersih bagi penduduk setempat.

Perjalanan untuk sampai ke air terjun ini mengambil masa hampir 30 minit dari tempat letak kenderaan. pengunjung akan disajikan dengan keindahan alam semula jadi yang memukau. tumbuhan pelbagai jenis, rupa dan warna dapat disaksikan dalam perjalanan menuju air terjun. bunyi-bunyian yang tidak dapat didengar di bandar-bandar besar dapat didengari di sini.

kunjungilah dan nikamatilah alam ciptaan Allah ini. hargailah dan peliharalah kurnianNya ini demi keberkatanNya juga demi generasi akan datang. jangan biarkan dunia kita dicemari.

Saturday, April 2, 2011

Selamat Hari Lahir...

Ucapan ini biasanya diucapkan kepada seseorang yang menyambut ulang tahun hari lahirnya. ucapan ini lazimnya diucapkan oleh ahli keluarga, rakan-rakan, sahabat-sahabat dan yang paling diharapkan ialah dari orang yang tersayang. ucapan ini dapat diucapkan dalam pelbagai jenis bahasa, gaya dan suasana.

Pada zaman sekarang orang ramai telah mengamalkan ucapan ini sebagai satu amalan. keadaan ini amat positif kerana ia dapat mengeratkan hubungan pelbagai pihak. bagaimana cara mereka menyambut hari ini bergantung pada sesuatu kumpulan tersebut. sebagai contoh; remaja biasanya akan menyambut hari ini dengan membuat sesuatu yang paling istimewa iaitu 'kek'. bagaimana caranya? terpulang kepada kreativiti mereka sendiri. biasanya telur dan tepung akan diadun bersama yang dirai.

Tetapi, apabila ini berlaku ia akan menyebabkan pembaziran berlaku. maka aktiviti ini haruslah dielakkan sama sekali. sepatutnya bahan-bahan tersebut dijadikan juadah yang dapat dinikmati bersama-sama. bukankah ini amalan yang mulia lagi terpuji.

Ibu bapa seharusnya diberi ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana tanpa mereka siapalah kita di dunia ini. mereka sepatutnya diberikan hadiah bukan sebaliknya demi mengenangkan jasa mereka yang tidak terhingga. tetapi usah dilupa kepada Dia yang memberi peluang pada kita untuk bernaung di buminya ini. sentiasalah mengucapkan syukur kepadaNya.

Hari ini adalah ulang tahun hari lahir saya yang ke-22. pejam celik sudah 22 tahun saya hidup di bumi Allah yang serba mencabar ini. tahun ini saya mendapat hadiah yang paling bermakna sepanjang saya bernaung di bumi Allah ini. sebuah doa yang amat bermakna dari seorang insan. doa tersebut amat mengharukan saya. hampir menitis air mata ini akan impak doa tersebut. terima kasih yang teramat sangat kepada insan tersebut.

Kepada sahabat-sahabat yang telah mengucapkan mahupun mengingati hari lahir saya, terima kasih saya ucapankan. semoga Allah merahmati anda semua...

Friday, April 1, 2011

"Kalau nak murah, masaklah sendiri"

Apa pendapat anda tentang ayat ini. Ayat ini adalah suatu motivasi yang baik kepada orang bujang mahupun sesiapa sahaja yang ingin berjimat. Ia menggalakkan sifat berjimat cermat demi masa depan yang lebih gemilang. memasak di rumah dengan sendiri dapat menjimatkan kos perbelanjaan bulanan anda. kasih sayang dapat dipupuk antara ahli keluarga mahupun rakan serumah. Orang Melayu sering mengaitkan hal ini dengan "air tangan".

Secara kolektifnya, ayat ini memberi satu motivasi kepada kita semua. tetapi harus diingat bahawa ayat yang ditulis samada menggunakan medium cetakan mahupun elektronik tidak mepunyai intonasi dan gaya bahasa badan. ini menyababkan ia sukar untuk diterjemah dengan betul. penggunaan gaya bahasa, intonasi, bahasa badan dan waktu yang sesuai adalah penting demi memastikan sesuatu ayat itu disalahertikan.

Sebagai contoh, di sebuah restoran; seorang pelanggan datang ke restoran tersebut untuk makan. setelah dia mengambil makanan dari kaunter dia terus duduk di meja makan bersama rakan-rakannya. seperti biasa datang seorang pelayan ke meja beliau untuk membuat kiraan. selepas dia meletakan kertas bersama harga yang tercatat di atasnya.RM 5. secara tidak langsung pelanggan itu bertanya. "banyak ni RM5"( nasi putih + pedal ayam sambal + telur masin separuh ). pelayan itu dengan muka yang angkuh dan tidak pernah senyum pun menjawab dengan mudah.

"KALAU NAK MURAH, MASAKLAH SENDIRI"

Adakah ini amalan yang baik? apa kategori yang sepatutnya diberikan kepada manusia ini? anda fikirkannya. anda pasti akan menemui jawapannya...