Get your own Digital Clock

Saturday, April 2, 2011

Selamat Hari Lahir...

Ucapan ini biasanya diucapkan kepada seseorang yang menyambut ulang tahun hari lahirnya. ucapan ini lazimnya diucapkan oleh ahli keluarga, rakan-rakan, sahabat-sahabat dan yang paling diharapkan ialah dari orang yang tersayang. ucapan ini dapat diucapkan dalam pelbagai jenis bahasa, gaya dan suasana.

Pada zaman sekarang orang ramai telah mengamalkan ucapan ini sebagai satu amalan. keadaan ini amat positif kerana ia dapat mengeratkan hubungan pelbagai pihak. bagaimana cara mereka menyambut hari ini bergantung pada sesuatu kumpulan tersebut. sebagai contoh; remaja biasanya akan menyambut hari ini dengan membuat sesuatu yang paling istimewa iaitu 'kek'. bagaimana caranya? terpulang kepada kreativiti mereka sendiri. biasanya telur dan tepung akan diadun bersama yang dirai.

Tetapi, apabila ini berlaku ia akan menyebabkan pembaziran berlaku. maka aktiviti ini haruslah dielakkan sama sekali. sepatutnya bahan-bahan tersebut dijadikan juadah yang dapat dinikmati bersama-sama. bukankah ini amalan yang mulia lagi terpuji.

Ibu bapa seharusnya diberi ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana tanpa mereka siapalah kita di dunia ini. mereka sepatutnya diberikan hadiah bukan sebaliknya demi mengenangkan jasa mereka yang tidak terhingga. tetapi usah dilupa kepada Dia yang memberi peluang pada kita untuk bernaung di buminya ini. sentiasalah mengucapkan syukur kepadaNya.

Hari ini adalah ulang tahun hari lahir saya yang ke-22. pejam celik sudah 22 tahun saya hidup di bumi Allah yang serba mencabar ini. tahun ini saya mendapat hadiah yang paling bermakna sepanjang saya bernaung di bumi Allah ini. sebuah doa yang amat bermakna dari seorang insan. doa tersebut amat mengharukan saya. hampir menitis air mata ini akan impak doa tersebut. terima kasih yang teramat sangat kepada insan tersebut.

Kepada sahabat-sahabat yang telah mengucapkan mahupun mengingati hari lahir saya, terima kasih saya ucapankan. semoga Allah merahmati anda semua...

2 comments:

Apa kata anda?